Wednesday, November 14, 2012

Tunggu sempurna baru nak bagi nasihat? Kalau tak namanya tunjuk baik?

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Assalamualaikum to all readers ☺

Kalaulah kita berasa sukar untuk menerima nasihat dari orang lain dan pandang pelik dekat orang yang selalu mengajak kepada kebaikan dan anda berkata ; "alah, kau tu macam lah baik sangat, aurat pun tidak ditutup dengan sempurna." Then, adakah kita harus menunggu sampai semua orang perlu jadi baik 100% untuk saling nasihat menasihati antara satu sama lain. Adakah itu kriterianya dan baru LAYAK bagi nasihat dan supaya tidak dipandang "bajet bagus"?

Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan. -Hassan Al Basri-

One more thing that we should know, everyone is not perfect to be a perfect. Hanya Allah yang Maha Sempurna. We keep doing mistakes even seribu kali pun diberi peringatan. Sebab kita human being yang of course ada cacat celanya. Cumanya, cuba tanya sekejap pada diri. Apakah reaksi kita apabila diajak melakukan kebaikan? Apakah tindakan kita apabila diajak pergi berjemaah di masjid, surau dan sebagainya? Apakh respon kita apabila sedang dinasihati apabila telah melakukan kesalahan?

"come on, nak ceramah pergi masjid lah!"

Kita sebenarnya terlupa, hakikatnya memang manusia yang mengajak kita untuk melakukan kebaikan, kenyataannya memang manusia yang menasihati kita tetapi actually, Allah yang sedang berbicara dengan kita tanpa kita sedar! Adakah kita sedang sombong terhadap pencipta kita? 

Allah sayang kepada kita. DIA sentiasa melihat kita, apabila DIA mula nampak kita sudah semakin berubah, contohnya kita mula jarang membaca Al-Quran, maka Allah hantarkan seseorang untuk datang memberi peringatan kepada kita yang terlupa. Kita terlupa bahawa kita hidup di dunia ini adalah sebagai hamba-Nya. Tidak layak sombong kepada DIA walau sedikit pun.

Waallahu'alam.

Syukran Jazilan for reading.

No comments:

Post a Comment